Magical Girl Lyrical Nanoha A's
Magical Girl Lyrical Nanoha A's

Magical Girl Lyrical Nanoha A's

Magical Girl Lyrical Nanoha A's ataupun dalam Bahasa Jepun (魔法少女リリカルなのは エース|Mahō Shōjo Ririkaru Nanoha Ēsu) merupakan siri anime 13 episod yang berasal dari negara Jepun. Siri ini telah disiarkan di Jepun pada tahun 2005. Berbeza dengan negara Malaysia, siri ini mula ditayang pada tahun 2007 di Ntv7. Siri ini merupakan satu spin-off daripada siri permainan dan OVA iaitu Triangle Heart. Siri Magical Girl Lyrical Nanoha A's ini merupakan sambungan daripada musim pertama, iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha yang telah disiarkan di Jepun pada akhir 2004. Siri Magical Girl Lyrical Nanoha A's ini telah disusuli oleh tiga musim yang lain, iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha StrikerS yang telah disiarkan pada tahun 2007, dan manga nya yang lain iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha Vivid yang dihasilkan pada tahun 2009 dan Magical War Chronicle Lyrical Nanoha Force yang juga dihasilkan pada tahun 2009.Anime ini diarahkan oleh Ayuki Shinbo manakala lakon layarnya ditulis oleh Misaki Tsuzuki dan dihasilkan oleh Seven Arcs. Di Jepun siri ini ditayangkan sebanyak 13 episod di antara Oktober sehingga Disember 2005. Kemudian terdapat sebuah novel terbitan Megami Bunko diadaptasikan daripada siri anime ini, yang dihasilkan pada 2005. King Records juga menggunakan beberapa soundtrack asal daripada anime masuk ke dalam drama CD. Pada tahun 2005 Magical Girl Lyrical Nanoha A's menyusul dalam siri anime yang juga terbitan Seven Arcs pada Oktober 2005 yang ditayangkan di Chiba TV. Pada 23 Januari 2010, sebuah filem ataupun movie yang diadaptasi daripada siri pertama ini telah ditayangkan dipawagam iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha First Movie serentak dengan penerbitan sebuah majalah iaitu Megami Megazine. Anime ini turut diterbitkan oleh Namco-Bandai sebagai satu permainan dalam bentuk PSP yang bertajuk Magical Girl Lyrical Nanoha A's Portable: The Battle of Aces, Magical Girl Lyrical Nanoha A's Portable: The Gears of Destiny dan juga Nendoroid Generation.